Search

Home

Tuesday, 2 December 2008

ALAT-ALAT KEBESARAN KERAJAAN RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM

D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. TUAH SHAH, TAYANG KERIS PUSAKA DARI KERAJAAN RAJA KESULTANAN MELAKA YANG KE-9 SULTAN AHMAD SHAH (1516-1528).

D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH II @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. TUAH SHAH, SEDANG MEMEGANG PEDANG KERAJAAN DARI ISTANA KOTA MAHLIGAI LANG-LANG BUANA ADALAH MERUPAKAN PUSAKA TURUN-TEMURUN YANG DIWARISINYA.

GAMBAR (KHAZANAH) MERAKAMKAN : D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH, SEDANG MENUNJUKKAN SEBILAH KERIS PUSAKA TURUN -TEMURUN YANG DIWARISI OLEH BAGINDA DARI RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM.

KERATAN AKHBAR POLITIK ERA BARU : SULTAN MELAKA TUNTUT HAK SEBAGAI PEWARIS TAKHTA RAJA KESULTANAN MELAKA YANG SAH, TAYANG KERIS TAMING SARI MILIK LAKSAMANA HANG TUAH TANDA SULTAN MELAKA SUDAH MUNCUL.

KERATAN AKHBAR SUARA KONTEMPORARI KOSMO : SULTAN MELAKA TAYANG BUKTI EMPAT ALAT KEBESARAN TULEN SAHKAN DIRI SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.

GAMBAR (KHAZANAH PUSAKA TURUN-TEMURUN) : KELENGKAPAN BARANG KEBESARAN SULTAN AHMAD SHAH IBNI SULTAN MAHMUD SHAH SULTAN MELAKA KE-9 TAHUN 1516 -1528

1. SEPASANG KERIS PUSAKA TERSISIP DIPINGANG DAN DISANDANG DITANGAN

2. PENDING PERAK DAN BERTAHTAKAN EMAS

EMPAT CIRI PEMAKAIAN TANJAK RAJA SERI MAHKOTA PANJI ALAM

1. ANAK KERIS PERAK EMAS. 2. SEPASANG BUNGA CINTA HATI (KANAN DAN KIRI)

3.SEKUNTUM BUNGA MAWAR BERBATU JET BIRU DAN HIJAU HADIAH DARIPADA SERI MAHARAJA CHINA PADA ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SHAH, SULTAN MELAKA KE-6 (1456-1477). 4. SEPASANG BURUNG MERAK PIPIT BERTAHTAKAN PERAK DAN BERLIAN.

GAMBAR KERATAN AKHBAR : MENUNJUKKAN D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH, BETA MEMILIKI KERIS TAMING SARI PAMOR SAKTI DI NAIKKAN KEDARAT (ZAHIR KEWUJUDAN) PADA 31 JANUARI 2006 MUARA SUNGAI DUYUNG, MELAKA.
Gambar: (Khazanah): Zahir Kewujudan KERIS TAMING SARI Pamor Sakti yang dianugerahkan kepada ‘‘ Kiai Tuah ’’ oleh Paduka Seri Bentara Majapahit. Hang Tuah yang bergelar LAKSAMANA TUN TUAH HULU BALANG MELAKA itu telah memperoleh keris ini setelah berjaya menewaskan ‘‘ Taming Sari ’’ Penjurit Tua Tanah Majapahit. KERIS TAMING SARI telah menjadi milik Hang Tuah dibawah kedaulatan D.Y.M.M. Raja Melaka PADUKA SERI SHAH ALAM.

GAMBAR MENUNJUKKAN : KERIS BEDUT TANAH YANG TERTERA AYAT-AYAT WAFA.

BARANG BUKTI D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH TERBUKTI TULEN.

GAMBAR (KHAZANAH) : KERIS BEDUT TANAH ADALAH ALAT KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH SULTAN MELAKA PADA TAHUN 1516-1528. DI ATAS MATA KERIS TERSEBUT TERTERA UKIRAN NAMA '' AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517 '' DAN PERKATAAN '' ALLAH MUHAMMAD MELAKA- ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA'' DI DALAM TULISAN JAWI, MERUPAKAN BARANG KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAKA.

Photobucket

GAMBAR (KHAZANAH 488 TAHUN ) : SEBILAH KERIS BEDUT TANAH YANG TERTERA DI DALAM TULISAN JAWI PERKATAAN '' AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517'' DAN TERTERA PADA MATA KERIS TERSEBUT PERKATAAN ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA-ALLAH MUHAMMAD MELAKA.

Photobucket

GAMBAR (KHAZANAH 488 TAHUN) : SEPASANG KERIS BEDUT TANAH DAN KERIS BEDUT ANGIN YANG TERTERA DI DALAM TULISAN JAWI PERKATAAN '' AHMAD BIN MAHMUD PADA 1517'' DAN TERTERA PADA MATA KERIS TERSEBUT PERKATAAN ALLAH MUHAMMAD MELAKA - ALLAH MUHAMMAD MELAKA - ALLAH MUHAMMAD MELAKA YANG DIPERTURUNKAN DARI GENERASI KE SATU GENERASI HINGGA KEPADA TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH SELAKU PEWARIS TAKHTA RAJA KESULTANAN MELAKA.

RAJA AHMAD ATAU SULTAN AHMAD SHAH IBNI SULTAN MAHMUD SHAH ADALAH MERUPAKAN SULTAN MELAKA KE-9 (1516-1528). PADA TAHUN 1511 TELAH BERLAKU KEJATUHAN MELAKA KEPADA PORTUGIS . DALAM TEMPOH KEJATUHAN TERSEBUT SULTAN AHMAD SHAH TELAH BERJUANG UNTUK MENGAMBIL KEMBALI HAKNYA SEBAGAI PEMERINTAH. DENGAN HANYA MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN DAN KEKUATAN TENAGA, MAKA PORTUGIS DAPAT DIKALAHKAN DALAM MASA LIMA (5) TAHUN SAHAJA (1511-1516). DALAM TEMPOH ITU JUGA, BAGINDA TELAH BERJAYA MENAKLUKI MELAKA KEMBALI DAN SETERUSNYA BERJAYA MENJADI PEMERINTAH MELAKA (1516-1528). PERSOALANNYA SIAPAKAH RAJA MELAYU YANG GAGAH BERANI ? JAWAPANNYA: SULTAN AHMAD SHAH. INI KERANA BAGINDA HANYA MENGAMBIL MASA SELAMA LIMA (5) TAHUN SAHAJA UNTUK MENGALAHKAN MUSUH.

SEJARAH MEMINANG PUTERI GUNUNG LEDANG OLEH BAGINDA SULTAN MAHMUD SHAH MELAKA (1488-1511):-

HANG TUAH BERSAMA DENGAN TUN MAMAT BERSERTA BEBERAPA HULUBALANG TELAH DIARAHKAN OLEH SULTAN UNTUK MEMINANG PUTERI GUNUNG LEDANG, DISEBABKAN OLEH LANJUT USIA DAN PERJALANAN YANG SUKAR HANYA TUN MAMAT SAHAJA YANG SAMPAI KE PUNCAK GUNUNG LEDANG. PUTERI GUNUNG LEDANG TELAH MEMBERIKAN SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPENUHI OLEH SULTAN SEBAGAI HANTARAN PEMINANGAN ANTARANYA JAMBATAN EMAS DARI MELAKA KE GUNUNG LEDANG, HATI NYAMUK 7 DULANG, HATI KUMAN 7 DULANG, AIR MATA ANAK DARA 7 TEMPAYAN, DAN DARAH RAJA AHMAD SEMANGKUK. SENARIO INI MENUNJUKKAN BAHAWA BETAPA KASIHNYA SULTAN MAHMUD SHAH TERHADAP ANAKANDA BAGINDA IAITU RAJA AHMAD SEHINGGA SANGGUP MEMBATALKAN HASRAT BANGINDA UNTUK MEMPERISTERIKAN PUTERI GUNUNG LEDANG.

GAMBAR (KHAZANAH) : PENDING PERAK DAN BERTATAHKAN EMAS.

GAMBAR (KHAZANAH) : KEBESARAN SULTAN MELAKA, BUNGA MAWAR HADIAH SERI MAHARAJA CHINA DI ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SHAH, SULTAN MELAKA KE- 6 (1477-1456).

CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA MAHKOTA (RAJA) ADALAH:-

BULAN DAN BINTANG ADALAH LAMBANG KEAGUNGAN AGAMA ISLAM. SUSUNAN KERIS ADALAH LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU. SUSUNAN MEMENDEK KE BAWAH KIRI DAN KANAN ADALAH LAMBANG BERSATUPADU SEMUA LAPISAN MASYARAKAT; SEHINGGA MEMBENTUK KEKUATAN YANG PADU. MAHKOTA INI DIHIASI DENGAN SUSUNAN BERLIAN YANG MELAMBANGKAN KEKAYAAN PEMERINTAH DAN NEGERINYA.

CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA MAHKOTA (PERMAISURI) ADALAH :-
UKIRAN BERBENTUK HATI, TANDA KASIH DAN SAYANG PADA RAJA DAN SELURUH RAKYAT JELATA. HIASAN MUTIARA PUTIH ADALAH LAMBANG KESUCIAN. SUSUNAN BERLIAN ADALAH LAMBANG KEKAYAAN HASIL BUMI NEGERINYA.

GAMBAR (KHAZANAH) : MAHKOTA PERMAISURI TUANKU RAJA MELAKA. MAHKOTA INI BERTATAHKAN BATU PERMATA; BERLIAN PERHIASAN PERMAISURI TUANKU D.Y.M.M. SULTAN MELAKA.

GAMBAR (KHAZANAH) : MAHKOTA PERMAISURI MELAKA, MAHKOTA BERTATAHKAN BATU PERMATA BERLIAN, BATU DELIMA MERAH DAN BATU DELIMA MERAH JAMBU ADALAH LAMBANG KETINGGIAN DAN KEHALUSAN BUDI PEKERTI. UKIRAN BINTANG DAN BULAN YANG MENGHIASI BENTUK MAHKOTA ADALAH SIMBOL KEKUATAN DAN KEAGUNGAN AGAMA.

GAMBAR KERATAN AKHBAR KOSMO (11 MEI 2006) :-

KUALA LUMPUR - PENUNTUT TAKHTA KESULTANAN MELAYU MELAKA, D.Y.M.M. TUANKU NOOR JAN SHAH MENYAHUT CABARAN PAKAR SEJARAH, PROF. EMIRATUS KHOO KAY KIM UNTUK MENGHANTAR ALAT-ALAT KEBESARAN YANG ' DIWARISINYA ' KE JABATAN MUZIUM NEGARA.

LANTARAN ITU AHLI PERNIAGAAN YANG MENDAKWA DIRINYA SULTAN MELAKA KE-44 ITU MEMBAWA BEBERAPA ALAT KEBESARAN MILIKNYA. DIANTARANYA KERIS BEDUT TANAH, MAHKOTA BERTATAHKAN PERMATA MERAH DAN BERLIAN; DENGAN LAMBANG BULAN BINTANG, SERTA KALUNG PERMATA. ALAT-ALAT INI TELAH DIBAWA KE MUZIUM NEGARA UNTUK DIUJIKAJI DAN DISAHKAN KEBENARANNYA.

ALAT-ALAT KEBESARAN TERSEBUT TELAH DITUNJUKKAN KEPADA TIMBALAN KETUA PENGARAH JABATAN MUZIUM, PAIMAN KEROMO. BAGAIMANAPUN, TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH DINASIHATKAN SUPAYA MERUJUK PERKARA TERSEBUT DALAM SATU PERJUMPAAN SECARA RASMI DENGAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA JABATAN TERSEBUT PADA SUATU TARIKH YANG AKAN DITENTUKAN KELAK.
''KAMI DIMINTA SUPAYA MEMBUAT SATU SURAT PERMOHONAN UNTUK MENGETENGAHKAN PERKARA TERSEBUT DALAM PERJUMPAAN RASMI ITU NANTI, PERMOHONAN AKAN DIBUAT SECEPAT MUNGKIN AGAR ALAT-ALAT KEBESARAN TERSEBUT DAPAT DITUNJUKKAN KEPADA MEREKA UNTUK DIANALISIS DAN DISAHKAN USIANYA, KEASLIAN SERTA MAKNA UKIRAN AYAT PADA KERIS TERSEBUT, '' KATANYA KETIKA DITEMUI KOSMO SELEPAS PERJUMPAAN ITU.
KESEMUA ALAT KEBESARAN ITU KEMUDIAN DIBAWA PULANG SEMULA OLEH RAJA NOOR JAN SHAH.
SEBELUM INI, BELIAU TELAH MENDEDAHKAN EMPAT ALAT KEBESARAN KESULTANAN MELAYU MELAKA, YANG DIDAKWANYA BERUSIA LEBIH 500 TAHUN. ALAT-ALAT KEBESARAN TERSEBUT DIKATAKANNYA TELAH DIPERTURUNKAN KEPADA WARIS YANG LAYAK APABILA PENYIMPAN ASALNYA MANGKAT.

GAMBAR (KHAZANAH TURUN TEMURUN) : SEPASANG KERIS ALAT KEBESARAN D.Y.M.M. SULTAN MELAKA : KERIS EMAS PANJANG UNTUK DISANDANG DAN KERIS PENDUA PENDEK UNTUK DISISIP DIPINGGANG.


GAMBAR (KHAZANAH) : KALUNG BINTANG LIMA BERTATAHKAN BATU PERMATA BERLIAN PERHIASAN PERMAISURI D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM.

1. KERIS SUNDANG PANJANG UDUT-UDUT (BERLUK DI HUJUNG) 2. KERIS SUNDANG PANGLIMA HITAM (SIGAGAH KILAT) 3. KERIS PANJANG KENCANA KESUMMA (BERLUK).

GAMBAR (KHAZANAH TURUN-TEMURUN) : SEPASANG TONGKAT SAKTI BURUNG HELANG BUANA : TONGKAT INI DIPENUHI UKIRAN AYAT-AYAT KURSYHI MERUPAKAN ALAT KEBESARAN RAJA KESULTANAN PALEMBANG DI ISTANA KOTA MAHLINGAI LANG-LANG BUANA KEMUDIAN DIBAWA KE MELAKA DIJADIKAN ALAT KEBESARAN RAJA KESULTANAN MELAKA OLEH PARAMESWARA ISKANDAR SHAH (1392-1414 DAN SEHINGGA KEPADA SULTAN AHMAD SHAH (1516-1528).

GAMBAR (KHAZANAH TURUN-TEMURUN) : SEPANG KERIS NAGA PERAK DAN KERIS NAGA EMAS YANG BERNAMA KERIS HUJAN PANAS (JANTAN DAN BETINA) MERUPAKAN ALAT KEBESARAN SULTAN MELAKA KE-9 SULTAN AHMAD SHAH (1516-1528).

__________________________________________________________

1. BOMOH AJAIB MALAYSIA, BOMOH DIRAJA MALAYSIA BETING BERAS BASAH. MENGELUARKAN BARANG-BARANG GHAIB DAN MEMULIHKAN SEGALA PENYAKIT DENGAN IZIN ALLAH

Y.BHG. DATUK HAJI SEIKH LOKMAN SALLEH DAN KINI DIWARISI OLEH ANAK-ANAKNYA : 1). SEIKH SUHAIMI BIN DATUK LOKMAN 2). SEIKH FADIL BIN DATUK SEIKH LOKMAN

2. PAWANG DIRAJA MELAKA MALAYSIA, BOLEH MENGELUARKAN BARANG-BARANG GHAIB DAN MENGUBAT SEGALA JENIS PENYAKIT DENGAN IZIN ALLAH

Y.BHG. DATUK MEGAT FAUZI BIN ANANG

No comments: